Pada Hari Khamis malam Jumaat, 21 Ramadan, 1433 / 9 Ogos, 2012, muzakarah pertama telah diadakan dimasjid baru ini, iaitu Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen. Oleh kerana masjid ini belum lagi menubuhkan Jawatankuasa Takmir makanya diadakan muzakarah sahaja.
Muzakarah ini dipengerusikan oleh Yang Mulia Imam Haji Sufri bin Haji Mega. Ianya diadakan bagi membincangkan hal Majlis Khatam Al Quraan bersempena Bertadarus dimalam-malam bulan Ramadan 1433. Majlis telah bersetuju bagi mengadakannya pada Hari Khamis 27 Ramadan 1433 bersamaan 16 Ogos 2012.
Kelihatan dari kiri YM Imam Hj Sufri Hj Mega (Pengerusi), YM Hj Sani Hj Simat dan YM Hj Hidup Lamit.
No comments:
Post a Comment