Friday, 3 August 2012

MASJID BARU KAMPONG MULAUT DINAMAKAN MASJID PENGIRAN MUDA ABDUL MATEEN.

Pada Hari Jumaat 14 Ramadan 1433 / 3 Ogos, 2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muiz'zadin Waddaulah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan meresmikan penamaan Masjid Baru Kampong Mulaut.  Masjid tersebut telah dikenali dengan nama MASJID PENGIRAN MUDA ABDUL MATEEN, KAMPONG MULAUT. 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik.

Keberangkatan beginda dijunjung oleh Menteri Hal Ehawal Ugama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Ustaz Dr. Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Dr. Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Haji Sabali bin Haji Abas dan Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Aziz bin Orangkaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap dan Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Juned, Timbalan Setiausaha Tetap.

Turut menjunjung Ketua Kampong Mulaut Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir, Pegawai-Pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Penduduk Kampong Mulaut.

Khatib yang membaca khutbah ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Dr. Haji Abdul Aziz bin Juned.  Manakala sebahyang Jumaat diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Imam Dato Seri Setia Ustaz Haji Abdul Hamid bin Bakal.


Tersergamnya indah sebuah masjid dengan kolah air pancutan (waterfountain)

Keberangkatan KDYMM Sultan telah dijunjung oleh hadirin yang ada didalam bangunan Masjid tersebut.

Pegawai-Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Majid kelihatan Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid YM Hj Amir Hisam Hj Masri.

Plak Peresmian yang akan ditandatangni oleh KDYMM Sultan.

KDYMM sedang menandatangani plak peresmian sambil YB Menteri melaungkan takbir "Allahu Akbar"

Plak peresmian yang telah tandatangani oleh KDYMM Sultan.

Khutbah kali pertama telah dibacakan oleh YB PDSM DPSS Ustaz Hj Abd Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei.

Sebelum keberangkatan tiba KDYMM dan Kerabat-Kerabat Diraja, kelihatan Pegawai-Pegawai dari KHEU dan AJK Masjid berdiri bagi menjunjung kebarangkatan beginda.

Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Masjid ini.

AJK yang hadir.

Dari Kiri YM Awg Piut Hj Matrais, YM Hj Othman Lamit dan YM Hj Mohd Jait Hitam (Ketua Kampong Mulaut).

Pemedangan diluar bangunan Masjid.

Ketua Kampong YM Hj Mohd Jait Hitam berbaju puteh numbur dua dari kiri.

No comments:

Post a Comment