Monday 20 August 2012

SEMBAHYANG HARI RAYA AIDILFITRI PERTAMA DI MASJID INI

Pada Hari Isnin 1 Syawal 1433 / 20 Ogos 2012, Sembahyang Hari Raya Aidilfitri yang pertama telah didirikan di masjid ini,  Sembahyang sunat Aidilfitri telah di Imamkan oleh Yang Mulia Imam Haji Zainal bin Haji Othman, manakala khutah telah disampaikan oleh Yang Mulai Imam Haji Sufri bin Haji Mega.


Diluar kawasan masjid kelihatan kehadiran para jemaah diawal pagi bagi memudahkan jemaah meletak kereta dan mendapat tempat sembahyang yang selesa.  Kerana jika datang akhir atau lambat dan ruang sembahyang penuh maka mereka terpaksa bersembahyang diberanda masjid atau dikhemah yang disediakan diluar bangunan masjid.

 YM Imam Hj Sufri Hj Mega, menerangkan cara-cara menunaikan solat Sunat Aidilfitri, yangmana pada rakaat pertama disunatkan dengan melakukan 7 kali takbir manakala pada rakaat kedua disunatkan lagi dengan 5 kali takbir.

Setelah selesai mengimamkan solat sunat Aidilfitri, YM Imam Hj Zainal Hj Othman membacakan doa selamat.

YM Imam Hj Sufri Hj Mega membaca Khutbah Hari Raya diatas membar yang mulia.

YM Imam Hj Zainal Hj Othman sedang membaca Masyral sebelum khutbah disampaikan.

Kehadiran jemaah melimpasi muatnya ruang solat, yangmana ruang luar juga digunakan untuk mendirikan solat.

bermacam-macam bangsa turut mendirikan solat disini.

Para jemaah tekun mendengar khutbah yang disampaikan oleh YM Imam Hj Sufri Hj Mega.

 Berbaju biru ialah YM Md Noriskandar Hasnan.

Berbaju hitam dan bertopi putih YM Hj Ibrahim Hj Ratu. Manakala dibelakang bergamis dan topi putih YM Hj Zaini Hj Besar.

Berbaju hijau YM Awang Safar Hj Musa dan sebelah beliau berserban YM Hj Abdul Rahman PDASDR Hj Kassim.

YM Hj Zaini Hj Idris juga sedang mendengar khutbah dengan tekunnya.

TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI YANG PERTAMA DI MASJID PENGIRAN MUDA ABDUL MATEEN KAMPONG MULAUT.

Pada Hari Ahad malam Isnin, 1 Syawal 1433 / 19 Ogos 2012, bersempena dengan Malam Aidilfitri bagi tahun 1433 hijrah, para jemaah Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut telah mengumandangkan Takbir Hari Raya yang pertama kali diadakan sejak masjid ini digunakan.  Hadir turut serta ialah Ketua Kampong Mulaut Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam.

YM Hj Md Jait Hitam Ketua Kampong sedang membawa takbir Hari Raya.

YM Ustaz Zaidi Hj Saman dan YM Cikgu Hj Maidi Ahmat.

YM Ustaz Hj Serudin Timbang juga tidak ketinggalan turut serta bertakbir.

YM Imam Hj Zainal Hj Othman bertakbir selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak.

YM Imam Hj Sufri Hj Mega selasai mengimamkan sembahyang fardu Isya dan terus mengumandangkan takbir Hari Raya.

Hadirin menyahut takbir dari kiri YM Hj Md Jait Hitam, YM Ustaz Hj Serudin Timbang, YM Cikgu Maidi Ahmat, YM Cikgu Hj Seruji Hj Yahya, YM Ustaz Zaidi Hj Saman, YM Cikgu Ali Hj Abd Rahim serta jemaah yang lain.

Dari kiri YM Hj Kalong Zahari, YM Awg Razak Hj Bujang, YM Cikgu Hj Ramlli Hj Dagang dan YM Cikgu Hj Abd Rahman PDASDR Hj Kassim.

Sebahagian jemaah yang turut menyahut seruan takbir.

dan sebahagian lagi meramaikan sama-sama melaungkan takbir.

Thursday 16 August 2012

KHATAM AL QURAN KALI PERTAMA DI MASJID INI

Pada Hari Rabu, 26 Ramadan 1433 / 15 Ogos, 2012, Majlis Khatam Al Quran yang pertama telah diadakan di bangunan Masjid ini sejak ianya diresmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 3 Ogos yang lalu..

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.  Bagi memulakan majlis beliau telah mengepalai bacaan surah Al Fateha dan seterusnya diikuti dengan bacaan surah-surah yang lazim dibaca dalam majlis khatam.

Bacaaan Tahtim dan tahlil dibacakan oleh Yang Mulia Imam Haji Zainal bin Haji Othman dan bacaan doa disempurnakan oleh Yang Mulia Imam Haji Sufri bin Haji Mega.

Dari kiri YM Ustaz Hj Seruddin Hj Timbang, YM Imam Hj Zainal Hj Othman, YM Imam Hj Sufri Hj Mega, YM DP Hj Abd Wahab Juned (Tetamu Kehormat), YM Hj Mohd Jait Hitam (Ketua Kampong) dan YM Hj Abdullah Hanif OK Saman (Tetamu dari Mukim Sengkurong).

Sebahagian yang turut serta iaitu perserta lelaki. Dari kiri YM Ustaz Hj Selamat Hj Sellah, YM Pg Hj Tajuddin Pg Hj Puteh, YM Hj Awang Hj Ajak, YM Hj Ramlli Hj Dagang dan YM Hj Majid Hj Abd Rahman.

Sebahagian lagi perserta lelaki. YM Hj Ismail Hj Damit, YM Awg Razak Hj Bujang, YM Hj Metussin dan YM Hj Osman Lamit.

Ada juga dikelangan orang luar dari kawasan kampong ini. Disebelah kanan Kelihatan YM Hj Md Zain Hj Yahya dan YM Hj Ismail Hj Damit.

Sebahagian lagi yang turut serta.

Juga diantara yang hadir.kelihatan YM Hj Jumaat Hj Gharif, YM Hj Besar Ahmad, YM Hj Hidup Lamit dan lain-lain.

Dari kiri YM Hj Hambali Abdullah Siok, YM Hj Kalong Hj Zahari dan YM Hj Jumaat Hj Gharif.

Kelangan kanak-kanak juga tidak ketinggalan hadir dan turut serta di hujung sekali YM Hj Hamdani Hj Omar.
Perserta perempuan tidak ketinggalan mengambil bahagian.

Perserta khatam tidak ketinggalan menyediakan bunga telur.

Wednesday 15 August 2012

MASJID AS SALEHEEN JABATAN PERDANA MENTERI

Pada Hari Rabu 15 Ogos 2012, berkesempatan berkunjung ke Masjid As Saleheen Jabatan Perdana Menteri didalam Kawasan Ass'yara, Mukim Berakas. 

 Pemandangan diluar kawasan Masjid As Saleheen, JPM.

Kolam pancutan Air terletak disebelah dalam bangunan Masjid.

Perhiasan pasu dan kipas angin terletak didalam bangunan Masjid.

Sebahagian lagi perhiasan yang ada dalam bangunan masjid.

Jadual Waktu Sembahyang secara elektronik.

Dinding hadapan dibentuk dengan warna yang bermacam-macam.

Permaidani yang cantik berwarna merah degnan garisan bunga berwarna kuning.

Tiang dalam masjid berbentuk enam segi (hexagon) berwarna kuning emas.

Mimbar yang dibuat daripada kayu seperti yang terdapat di Negara Timur Tengah.

Garbang dalam masjid juga terbentuk seperti masjid di Negara Arab.

Friday 10 August 2012

MUZAKARAH PERTAMA BAGI MASJID PENGIRAN MUDA ABDUL MATEEN.

Pada Hari Khamis malam Jumaat, 21 Ramadan, 1433 / 9 Ogos, 2012, muzakarah pertama telah diadakan dimasjid baru ini, iaitu Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen. Oleh kerana masjid ini belum lagi menubuhkan Jawatankuasa Takmir makanya diadakan muzakarah sahaja.  

Muzakarah ini dipengerusikan oleh Yang Mulia Imam Haji Sufri bin Haji Mega.  Ianya diadakan bagi membincangkan hal Majlis Khatam Al Quraan bersempena Bertadarus dimalam-malam bulan Ramadan 1433.  Majlis telah bersetuju bagi mengadakannya pada Hari Khamis 27 Ramadan 1433 bersamaan 16 Ogos 2012.

Kelihatan dari kiri YM Imam Hj Sufri Hj Mega (Pengerusi), YM Hj Sani Hj Simat dan YM Hj Hidup Lamit.

Berkot YM Imam Hj Zainal Hj Othman.

 Dari kiri YM Cikgu Hj Maidi Ahmat dan YM Hj Awang Hj Ajak.

 YM Hj Majid Hj Abdul Rahman.

 YM Hj Ramlli Hj Dagang.

 Kelihatan dari kiri YM Imam Hj Zainal Hj Othman, YM Imam Hj Sufri Hj Mega, YM Hj Sani Hj Simat dan YM Hj Hidup Lamit.

dan ini YM Hj Ibrahim Hj Ratu.

Monday 6 August 2012

MALAM KE 18 RAMADAN DITERUSKAN BERTADARUS

Hari Isnin malam Selasa 18 Ramadan 1433 / 6 Ogos 2012, bertadarus diteruskan selapas menunaikan sembahyang fardu Isya, Sunat Terawih dan Sunat Witir.

 YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh.

 YM Hj Ramlli Hj Dagang.

 YM Hj Abd Majid Hj Abdul Rahman.

 YM Hj Awang Hj Ajak.

 YM Awang Noriskandar Hasnan.

YM Hj Ibrahim Hj Ratu.