Showing posts with label Kebawah Duli. Show all posts
Showing posts with label Kebawah Duli. Show all posts

Friday, 23 August 2013

KEBAWAH D.Y. M. M.SULTAN BEKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID INI.

Hari ini Jumaat, 15 Syawal 1434 / 23 Ogos 2013, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muizzaddin Wadaullah telah berkenan berangkat menunaikan sembahyang fardu jumaat bersama rakyat di Kampong ini.  

Berangkat bersama baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pegiran Muda Haji Al Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel.

Keberangkatan baginda telah dialu-alukan olih Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut selaku Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid ini, Ahli-Ahli Jawatankuasa serta para jemaah.  

Sebelum berangkat pulang baginda juga berkenan menerima junjung zarah dari para hadirin.

KDYMM PSB Sultan sedang bersamayam di saf hadapan bersama 3 orang putera baginda.

Dari kanan DYTM PS DPMM Hj Al Mutadee Billah, DYTM PS DPM Abdul Maleek, KDYMM Sultan dan DYTM PS DPM Abdul Wakeel.

Ketika keberangkatan tiba baginda dijunjung olih para jemaah yang hadir.

Orang ramai kelihatan mengalu-alukan keberangkatan tiba baginda.

Baginda dikunjung untuk bersemayam disaf hadapan.

Sebelum beginda berangkat pulang beginda berkenan menerima junjung zarah daripada para hadirin.

Juga turut berkanan ialah DYTM Paduka Seri Duli Pg Muda Mahkota Pg Muda Hj Al Mutadee Billah.

Beginda menerima junjung zarah.

Friday, 28 September 2012

KDYMM BERANGKAT BERSEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID INI

Pada Hari Jumaat, 12 Zulkaedah 1433 / 28 September 2012, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkian Muizzaddin Wadaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menunaikan sembahyang fardu Jumaat di Masjid ini.

Turut berangkat bersama beginda ialah putera beginda Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Malik.  Keberangkatan beginda ini adalah kali pertama setelah bangunan ini digunakan sesudah beginda sendiri berkenan meresmikan pengunaannya pada Hari Jumaat, 14 Ramadan 1433 bersamaan 3 Ogos 2012 yanglalu.

KDYMM berkanan menerima junjung zarah daripada para jemaah yang menunaikan sembahyang fardu Jumaat pada hari itu.

Di awal keberangkatan para jemaah bersedia menunggu beginda masuk keruang sembahyang bangunan masjid ini.

Beginda dan anakanda YTM Pg Muda Abdul Malik berkenan junjung zarah daripada para jemaah yang hadir untuk bersembahyang jumaat.

Kelihataan para jemaah mengambil paluang untuk zarah dan mengambil gambar.