Sunday 28 April 2013

MAJLIS KHATAM AL QURAN BAGI PELAJAR KELAS AL QURAAN DAN MUKADDAM

Pada Hari Ahad 28 April 2013, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran bagi kali pertama untuk Para Pelajar yang mengikuti Kelas Al Quran dan Mukaddam di Masjid ini.  Ianya menandakan berakhirnya pembacaan Al Quran sebahagian daripada mereka.

Tetamu Kehormat yang hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Juned.  Turut hadir ialah Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fateha yang dipimpin olih Tetamu Kehormat majlis, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim dan seterusnya doa tahtim olih Muslimah Masjid.  Dikir marhaban disembahkan olih Pasukan Dikir Masjid Kampong Mulaut.  Dalam masa dikir diperenggan Ya Habibi  Tetamu Kehormat dijemput untuk merinjis minyak harum dan menyampaikan sijil kepada perserta.

Majlis diakhiri dengan doa yang dibacakan olih Yang Mulia Imam Pengiran Mohd Akbar bin Pengiran Haji Sabri.

YM Ustaz Hj Harun duduk No 4 dari kiri.

Perserta khatam duduk diatas pentas khas.

Guru Ugama Perempuan Sekolah Ugama Katimahar 
bersama Muslimah Masjid ini 
sedang bersedia untuk persembahan bacaan Tahtim.

Jemputan perempuan atau ibu kepada perserta majlis.

Persembahan dikir marhaban
 daripada Pasukan Dikir Masjid Pg Muda Abdul Mateen Kg Mulaut.

Tetamu Kehormat merinjis minyak wangi dan menyampaikan sijil penyertaan
 kepada perserta khatam. Dibantu Ustaz Hj Md Asyraf  Md Ali.

Sebahagian ibu-ibu yang hadir melihat sendiri anak mereka sedang berkhatam.

Sebahagian lagi para ibu yang hadir.

YM Ustaz Hj Harun Hj Junid
 menerima cenderamaata daripada Penerusi Majlis.

Para perserta bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat dan jemputan-jemputan khas.

Friday 12 April 2013

PETANDINGAN MEWARNA BAGI PELAJAR AL QURAN DAN MUKADAM.

Pada Hari Jumaat 8 Mac 2013, pertandingan mewarna telah diadakan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran Al Quran dan Mukaddam di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampong Mulaut.  Manakala penyampaian hadiah telah diadakan pada Hari Jumaat 5 April yang lalu.  Hadiah-hadiah telah disampaikan olih Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut selaku Penesihat Jawatankuasa Takmir Masjid.

Kanak-kanak yang mengikuti pelajaran Al Quran dan Mukaddam di Masjid ini ikut serta dalam pertandingan mewarna lukisan sambil diperhati olih guru mereka.

Sebahagian lagi pelajar lelaki tidak ketinggalan turut serta.

Mereka duduk berkelumpuk.

YM Hj Md Jait Hitam (Ketua Kampong) juga turut serta dalam memerhati pelajar bersama dua orang guru Al Quran.

YM Hj Mohd Jait berbaju batik memerhati kertas yang sudah siap diwarna bersama YM Imam Hj Sufri Hj Mega.

Kelihatan salah seorang perserta perempuan sedang mewarna.

Semua hasil kerja mereka ditampal kedinding untuk dihakimkan.

Sebahagian lagi hasil kerja kanak-kanak.

Penyampaian hadiah dan sijil pada 5 April 2013 olih YM Hj Md Jait Hitam (Ketua Kampong Mulaut).

Sebahagian lagi pemenang perempuan sedang menerima sijil penyertaan.

Ini perserta lelaki pula menerima sijil penyertaannya daripada YM Hj Md Jait.

Sebahagian lagi perserta lelaki menerima sijilnya.

Lagi salah seorang perserta lelaki menerima sijil.

Penerima perserta perempuan menerima sijil dari YM Hj Md Jait Hitam diperhati olih YM Imam Hj Sufri Hj Mega.