Thursday 30 May 2013

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG WANITA WARGA FILIPINA

Pada Hari Rabu malam Khamis 29 Mei 2013, satu majlis pengislaman telah dijalankan di Masjid ini.  Ianya adalah bagi seorang wanita warta filipina iatu Dayang Marcel Marcos.  Yangmana telah memilih nama islamnya sebagai Dayang Siti Nur Maisarah Marcos binti Abdullah.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Ustazah Hajah Saimah binti Haji Abd Salam, Ketua Bahagian Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Kelihatan YM Dayang Marcel Marcos
 sedang membaca lafaz pengislaman
 didapan pegawai dari Jabatan Pusat Dakwah Islamiah.

YM Ustazah Hjh Saimah Hj Salam duduk ditempat khas, bersama AJK Muslimah.

Tetamu Kehormat menyampaikan cenderahati 
kepada YM Dyg Nur Maisarah Marcos binti Abdullah.

Majlis diserikan dengan dikir marhaban daripada Pasukan Dikir Masjid.

Kelihatan tetamu kehormat
 bersama yang diraikan dan AJK Muslimah 
berdiri semasa dikir marhaban berkumandang.

Bergambar bersama keluarga beliau dari Negara Filipina.