Friday 23 August 2013

KEBAWAH D.Y. M. M.SULTAN BEKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID INI.

Hari ini Jumaat, 15 Syawal 1434 / 23 Ogos 2013, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muizzaddin Wadaullah telah berkenan berangkat menunaikan sembahyang fardu jumaat bersama rakyat di Kampong ini.  

Berangkat bersama baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pegiran Muda Haji Al Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel.

Keberangkatan baginda telah dialu-alukan olih Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut selaku Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid ini, Ahli-Ahli Jawatankuasa serta para jemaah.  

Sebelum berangkat pulang baginda juga berkenan menerima junjung zarah dari para hadirin.

KDYMM PSB Sultan sedang bersamayam di saf hadapan bersama 3 orang putera baginda.

Dari kanan DYTM PS DPMM Hj Al Mutadee Billah, DYTM PS DPM Abdul Maleek, KDYMM Sultan dan DYTM PS DPM Abdul Wakeel.

Ketika keberangkatan tiba baginda dijunjung olih para jemaah yang hadir.

Orang ramai kelihatan mengalu-alukan keberangkatan tiba baginda.

Baginda dikunjung untuk bersemayam disaf hadapan.

Sebelum beginda berangkat pulang beginda berkenan menerima junjung zarah daripada para hadirin.

Juga turut berkanan ialah DYTM Paduka Seri Duli Pg Muda Mahkota Pg Muda Hj Al Mutadee Billah.

Beginda menerima junjung zarah.