Thursday 24 January 2013

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD TELAH DIADAKAN

Pada Hari Rabu malam Khamis, 23 Januari 2013 (12 Rabiul Awal 1434).  Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud bagi tahun 1434H / 2013M, bersempena kelahiran Jujungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis dihadiri olih Yang Mulia Haji Mohammad Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut selaku Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid, Yang Mulia Haji Zainal bin Haji Othman, Ketua Zon, Yang Mulia Awangku Muhammad Akbar bin Pengiran Haji Sabri, Pegawai Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir, Jemaah dan Penduduk Kampong serta sekitarnya.

Majlis dimulakan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al Quraan yang disampaikan olih Yang Mulia Awang Haji Nazri bin Haji Yahya.  Kemudian diikuti dengan persembahan dikir "Asalamu Alaika" yang dibawa olih Pasukan dikir Guru-Guru serta Murid-Murid Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al Islam, Kampong Mulaut.  Pasukan dikir Guru-Guru dan Penuntut-Penuntut Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kilanas telah membawakan dikir "Dibaie."

Manakala dikir "Asrakal" dibawa olih semua hadirin.  Doa Dikir dan doa Sultan telah dibacakan olih Yang Mulia Haji Zainal bin Haji Othman. Seruan "selawat" telah dibacakan olih Yang Mulia Haji Kamaluddin bin Haji Abdul Rahim.

Akhir majlis disampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih olih Yang Mulia Haji Sufri bin Haji Mega selaku Pengerusi Majlis.

YM Hj Nazri Hj Yahya menyampaikan bacaan ayat suci Al Quran.

Pasukan Dikir SU PAP Amal Umi Kalthum.

Pasukan Dikir SM Sayyidina Hasan.

YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh menyambahkan bacaan rawi.

Hadirin membawa dikir Asrakal.

YM Hj Ismail Hj Damit menepung tawar.

Pedikir yang ada YM Hj Azri Hj Sani, YM Awg Razak Hj Bujang dan YM Hj Mat Zain.

YM Ustaz Hj Seruddin Hj Timbang, YM Awg Razak Hj Bujang, YM Hj Mohd Jait Hitam, YM Hj Maidi Ahmat dan YM Hj Sufri Hj Mega.

Diruang lain Muslimah turut berdikir.

Sebahagian lagi jemaah perempuan.

Turut melaungkan dikir.

YM Hj Zainal Hj Othman membacakan doa selamat dan doa sultan.

Tuesday 22 January 2013

MASJID DIKUNJUNGI OLIH PEDIKIR DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN, TELBRU DAN UNISSA.

Pada Hari Isnin malam Selasa, 21 Januari 2013, tiga buah rombongan kumpulan dikir telah berkunjung dan menyampaikan dikir di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut.  Kumpulan-kumpulan tersebut terdiri dari Kumpulan Dikir Jabatan Pendidikan Kokorikolum, Kementerian Pendidikan, Pasukan Dikir dari Syarikat  Telekom Brunei (Telbru) dan Pasukan Dikir Universiti Islam Sultlan Sharif Ali (Unissa). 

Majlis dimulakan degan bacaan Surah Al fateha yang dipimpin olih Yang Mulia Imam Awangku Mohammad Akbar bin Pengiran Haji Sabri, Pengawai Masjid selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut.


Pedikir dari Jabatan Pendidikan Kokorikolum, Kementerian Pendidikan.

Sebahagian lagi dari Jabatan yang sama.

Ketua pasukan Tuan Pengarah JPK, Kementerian Pendidikan.

Dari pasukan pedikir Syarikat Telekom Brunei (Telbru).

Juga dari Pasukan Dikir Telbru.

Pasukan dikir dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa).

Berbaju hitam YM Imam Awangku Mohd Akbar Pg Hj Sabri, sebelah kiri beliau YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh dan kanan YM Hj Maidi Ahmat (Setiausaha AJK Masjid).

Dari pasukan Telbru.

Ahli Jawatankuasa Masjid YM Imam Ak Mohd Akbar, YM Hj Mohd Jait Hitam (Ketua Kampong Mulaut) dan YM Imam Hj Kamaluddin Hj Abd Rahim.

Sebahagian lagi daripada jemaah dan AJK Takmir.

Warga Indonesia juga tidak ketinggalan hadir sama-sama memariahkan majlis dimasjid ini.

Sebahagian lagi jemaah yang hadir.

Ketika dikir Asrakal semua yang hadir berdiri dari kiri YM Hj Mohd Jait Hitam (Ketua Kampong), YM Hj Zaini Hj Idris, YM Imam Hj Kamaluddin Hj Abd Rahim dan YM Hj Mohd Zain.

Pedikir dari Kementerian Pendidikan.

Monday 21 January 2013

WARGA INDONESIA DI NEGARA INI TIDAK KETINGGALAN MENYEMBAHKAN DIKIR MEREKA.

Pada Hari Sabtu malam Ahad, 19 Januari, 2013, sekumpulan warga Indonesia yang bertugas di Negara Brunei Darussalam tidak ketinggalan menyumbangkan dikir mereka di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampong Mulaut khususnya, Negara Brunei Darussalam umumnya.

Mereka bertugas disini dalam bidang pendidikan dan pembangunan.  Kebagnyakan mereka dari kelangan guru umum dan guru ugama.

Kelangan warganegara Indonesia yang hadir merayakan dikir maulud.

Mereka sama-sama membawa dikir dibaie,

Dikalangan mereka,

Para pedikir Masjid juga turut mengikut lagu dikir tersebut.

Mereka juga turut membawa sama Dikir Brunei atau Sarafil Annam.

Sama-sama menghayatinya.

Alunan dikir yang dibawa sangat merdu.

Para jemaah dikelangan warga Brunei tidak ketinggalan mengikut rantak dikir Indonesia.

Pegawai Masjid juga turut mengikutinya.

dikalangan warga Indonesia.

Tuesday 15 January 2013

KUMPULAN DIKIR MASJID KG PENANJONG DAERAH TUTONG DAN BANK BIBD JUGA TURUT SERTA MENYEMARAKKAN MALAM-MALAM MAULUD

Pada Hari Selasa malam Rabu 15 Januari 2013 genaplah empat malam sudah majlis dikir Maulud Sarifil Annam dilangsungkan bersempena dengan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun hijrah 1434.

Pada malam ini Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampong Mulaut telah mengundang dua pasukan dikir dari luar.  Yangmana datangnya dari Pasukan Dikir Masjid Kampong Penanjong Daerah Tutong dan Pasukan Dikir Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al fateha disampaikan olih YM Imam Hj Sufri Hj Mega.

Pasukan dikir dari Masjid Kampong Penanjong Tutong.

Pasukan Dikir Bank Islam Brunei Darussalam.

juga Pasukan BIBD

 Mengalunkan lagu dikir bersama-sama.

 Kebanyakannya membawakan lagu dikir lama (Dikir Brunei).

 Bersatu bagi menghidupkan lagi malam-malam maulud ini.

 Pasukan dikir BIBD walaupun tidak ramai namun mampu membawakan dengan penghayatan yang tinggi.

 Sebahagian jemaah dan pendatang luar meramaikan lagi kehadiran ke Masjid ini.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Dikir.

Apa bila membawa dikir Asrakal semua hadirin berdiri.

 ada juga aterdapat perkerja Indonesia turut meramaikan masjid.

 Sama-sama membawa dikir Asrakal.

Pasukan BIBD tidak ketinggalan mengikuti lagu Asrakal lama ini.

 Diruang lain jemaah perempuan turut berdiri sama-sama mengalunkan lagu Asrakal.

 Muslimah Masjid Pg Muda Abdul Mateen ini turut berdikir.

Sebahaigan lagi jemaah perempuan.