Sunday, 13 January 2013

PEMBUKAAN DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1434 HIJRAH / 2013 MESIHI.

Pada Hari Sabtu malam Ahad, 12 Januari 2013, jatuhnya 1 Rabiul Awal 1434 hijrah, yangmana lazim pada tiap-tiap tahun diadakan majlis berdikir selama 12 malam sehingga hari kemuncaknya perarakan diperingkat Negara dan Daerah.

Di ruang utama Jemaah lelaki dari Para Penduduk dan Jemaah Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, mengalunkan lagu-lagu dikir, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang fardu Magrib berjemaah dimulakan dengan lagu "Assalamualaika" dan lain-lain lagu.  Setelah masuk waktu Isyak majlis diberhentikan sementara dan disambung semula selepas itu.

Diruang lain jemaah Perempuan (Muslimah) juga tidak ketinggalan membawa lagu-lagu dikir yang lazim dan telah mereka pelajari.  Dimana mereka juga telah mengundang pedikir Muslimah dari Masjid Kampong Limau Manis, Masjid Kampong Masin dan Masjid Sultan Sharif Ali Kampong Sengkurong. 


Membawa lagu dikir "Assalamualaika" dari kiri YM Hj Md Jait Hitam, YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh, YM Imam Ak Md Akbar bin Pg Hj Sabri dan YM Imam Hj Kamaluddin Hj Abd Rahim


Kelihatan para jemaah turut mengalunkan dikir


Pedikir Muslimah dari Masjid Pg Muda Abdul Mateen Kg Mulaut.

Pedikir muslimah dari Masjid Kampong Limau Manis.

Pedikir Muslimah dari Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong.

Berdiri bagi melagukan dikir "Asrakal Jawi"

No comments:

Post a Comment