Friday 22 October 2021

Kunci Kira-Kira Tabong Bantuan Amal Covid 19, MPK/ Takmir Masjid , Kg.Mulaut

 A. PENDAPATAN

01. SEDEKAH       $ 3,965.00

02. BARANG         $ 1,437.16

       JUMLAH         $ 5,402.16


B. PERBELANJAAN

01. BELIAN             $ 3,868.70

02. BARANGAN      $1,437.16

       JUMLAH            $ 5,305.86


BAKI DUIT DALAM TANGAN (A - B )

A: $ 5,402.16

B: $ 5,305.86

     $      96.30

Penyata dari:

Haji Ismail Haji Yusof

Penyelaras,

Bendahari MPK Kg.Mulaut dan Setiausaha Jawatan Kuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kg.Mulaut

21 Oktober 2021 / 14 Rabiulawal 1443

Alhamdullilah, Bantuan Amal Covid -19 Kg. Mulaut,  telah pun selesai di agihkan kepada seramai 40 Penerima / Keluaga. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan  keperluan permakanan harian mereka. Kita bershukur dan berterima kaseh kepada Penderma Penderma Bantuan dari Penduduk Kampong Mulaut  dan dari Kampong di luar Kg.Mulaut,  berkesudian  menghulurkan  bantuan iklas dari segi kewangan maupun barangan makanan asasi . Semoga Allah memberi balasan ganjaran kepada biskita Semua.  Amin  Amin  Yarabilalamin.

Untok makluman, memandangkan kepada sambutan yang amat mengalakan dari Penduduk Penduduk kampong Mulaut dan Kg.sekitar  nya , Bantuan Amal ini akan di sambong lagi ke pusingan kedua yang bermula dari 22 hb Oktober 2021 ini.

Monday 18 October 2021

Majlis penutup Dikir Maulud anjuran Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen secara on line

 Majlis Dikir Syarafil Anam di adakan 12 hari berturut dari 1 - 12 Rabiulawal 1443 H bersamaan dengan 7 -18 Oktober 2021M di ketuai oleh Imam Imam Masjid PMAM dan penduduk penduduk Kampong Mulaut 


Malam Penutup, 12 Rabiulawal 1443 H, Isnin,18 Oktober 2021






**********************

malam kelapan, 8 Rabiulawal 1443 H, Khamis,14 Oct 2021, 








Video 




***************************

malam ke 6, 6 Rabiulawal 1443 H, Selasa ,12 Okotber 2021




**********************************

malam ke 4, 4 Rabiulawal 1443 H, Ahad, 10 Oktober 2021






Wednesday 6 October 2021

Penyerahan Bantuan Amal Covid 19 bagi kumpulan Ketiga, di adakan hari ini Rabu,6 Oktober 2021

 Penyerahan bantuan Amal Covid 19 bagi kumpulan ketiga, sekali lagi di adakan di rumah kediaman Bendahari MPK, Tuan Haji Ismail bin Haji Yusof,di Kampong Mulaut. Seramai 5 penerima bantuan dari bilangan 12- 16 telah menerima bantuan berkenaan.










Penyerahan Bantuan Amal Covid 19,Kg.Mulaut ,kumpulan kedua,Ahad 3 Oktober 2021

 Sekali lagi penyerahan Bantuan Amal Covid 19,Kg. Mulaut telah di adakan pada hari Ahad, 3 Oktober 2021 bertempat di Rumah Kediaman Bendahari MPK, Kg.Mulaut, Tuan Haji Ismail bin Haji Yusof. Seramai lima penerima sumbangan telah hadir.








Sunday 3 October 2021

Tabong Bantuan Amal Covid 19, Kampong Mulaut

 Majlis Perundingan Kampong,( MPK ) dan dengan kerjasama Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen,(PMAM ), Kg. Mulaut telah mengungkayahkan Penubuhan Tabong di atas dalam usaha meringankan bebanan golongan Asnaf Fakir Miskin,OKU,Ibu Ibu Tunggal dan Warga Emas , yang dalam kesusahan di Kg.Mulaut yang memerlukan bantuan.Tabong ini di bukakan bermula dari tarikh 18 Sep 2021 dan Tutup pada 17 Oct 2021, (tempoh 1 Bulan Sahaja ). Sumbangan kepada tabung ini di khusu kan kepada Ahli ahli MPK dan Takmir Masjid, Penduduk Penduduk Kampong Mulaut, dan juga di bukakan kepada Penyumbang orang ramai di luar Kampong Mulaut.Sumbangan adalah dalam bentuk  kewangan dan barang barang Makanan asasi.

Sehubungan dengan ini satu majlis Penyerahan Bantuan telah di adakan  pada 18 Sep 2021, bertempat di rumah Ketua Kampong,Kg. Mulaut, Tuan Hj.Meramit bin Hj Saban. Pada kumpulan pertama ini  seramai 5 penerima telah menerima sumbangan masing masing yg di sempurnakan oleh Yang Mulia, Tuan Haji Meramit , Ketua Kampong Mulaut.