Friday 15 February 2013

MAJLIS MENERIMA SUMBANGAN DAN MENANAM POKOK GAHARU

Pada Hari Jumaat, 15 Februari 2013,  pihak Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampong Mulaut telah menerima sumbangan 25 pokok gaharu daripada Gaharu Berjaya Resources, Negara Brunei Darussalam.

Tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Acara dimulakan dengan becaan Surah Al Fateha dipimpin olih Yang Mulia Imam Awangku Mohd Akbar bin Pengiran Haji Sabri, Pegawai Masjid, Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.  Kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majllis Yang Mulia Imam Haji Zainal bin Haji Othman, Pegawai Hal Ehwal Masjid Zon Brunei 3 Kawasan 2.

Ucapan dan Taklimat ringkas mengenai Pokok Gaharu disampaikan olih Yang Mulia Awangku Indra Yura bin Pengiran Anak Haji Metussin, Timbalan Pengurus Gaharu Berjaya Resources, Negara Brunei Darussalam.  Dimana kayu Gaharu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, sebagai haruman dan ubatan tridisonal.

Kamudian tetamu kehormat dibawa keluar dimana berkesudian menanam sepohon gaharu menandakan sumbangan telah diterima bagi pihak Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.

Kemudian hadirian dibawa melawat dan melihat barang-barang seperti tasbih yang diperbuat daripada kayu gaharu.

YM Ustaz Hj Abd Rajid Hj Md Salleh 
 disambut olih AJK Takmir.

YM Imam Ak Md Akbar Pg Hj Sabri
 memimpin bacaan Surah Al fateha.

Dari kiri berisan depan YM Imam Hj Zainal Hj Othman (Pengerusi Majlis) ,
 YM Ustaz Hj Abd Rajid Hj Md Salleh (Tetamu Kehormat) 
dan YM Hj Md Jait Hitam (Ketua Kampong)

YM Imam Hj Zainal Hj Othman menyampaikan ucapan alu-aluan.

YM Ak Indra Yura Pg Anak Hj Metussin, 
Timbalan Pengurus, Gaharu Berjaya Resources, NBD.
 Menyampaikan taklimat mengenai khasiat dan kegunaan gaharu.

Sebahagian jemputan yang hadir dikalangan AJK dan Penduduk Kampong Mulaut.

Tetamu kehormat dan hadirin mendengar taklimat yang sedang disampaikan.

Jemaah Muslimah juga tidak ketinggalan menghadiri majlis ini.

Sebahagian jemaah muslimah.

Peresmian penanaman gaharu dimulakan olih YM Ustaz Hj Abd Rajid Hj Md Salleh tetamu kehormat dikawasan perkerangan bangunan masjid.


 YM Ustaz Hj Abd Rajid Hj Md Salleh sedang menanam sepohon gaharu.

Seterusnya beliau menyiram pohon tersebut.

Beliau juga memasang lebal sebagai tandan dan untuk masa depan.

YM Hj Md Jait Hitam Ketua Kampong Mulaut
 sedang menanam sepohon gaharu.

YM Ketua Kampong sedang menyedok tanah untuk mengkabus pohon yang beliau telah tanam.

Seterusnya beliau menyiramnya dengan air.

 YM Imam Ak Md Akbar Pg Hj Sabri
tidak ketinggalan diundang menanam salah sepohon daripadanya.

YM Imam Hj Zainal Hj Othman
 tidak ketinggalan menanam salah sepohon lagi.

Manakala YM Imam Hj Sufri Hj Mega juga diundang sama.

Tetamu kehormat melihat pertunjukan barang-barang yang diperbuat daripada kayu gaharu.

YM Ustaz Hj Abd Rajid
 menandatangani buku lawatan 
sambil dipegang olih Pegawai Masjid YM Imam Ak Md Akbar Pg Hj Sabri.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama AJK dan Pegawai Gaharu Berjaya Resources.

Tetamu kehormat bersama Pegawai Gaharu Berjaya Resources.