Pada Hari Isnin 1 Syawal 1433 / 20 Ogos 2012, Sembahyang Hari Raya Aidilfitri yang pertama telah didirikan di masjid ini, Sembahyang sunat Aidilfitri telah di Imamkan oleh Yang Mulia Imam Haji Zainal bin Haji Othman, manakala khutah telah disampaikan oleh Yang Mulai Imam Haji Sufri bin Haji Mega.
Diluar kawasan masjid kelihatan kehadiran para jemaah diawal pagi bagi memudahkan jemaah meletak kereta dan mendapat tempat sembahyang yang selesa. Kerana jika datang akhir atau lambat dan ruang sembahyang penuh maka mereka terpaksa bersembahyang diberanda masjid atau dikhemah yang disediakan diluar bangunan masjid.
YM Imam Hj Sufri Hj Mega, menerangkan cara-cara menunaikan solat Sunat Aidilfitri, yangmana pada rakaat pertama disunatkan dengan melakukan 7 kali takbir manakala pada rakaat kedua disunatkan lagi dengan 5 kali takbir.
Setelah selesai mengimamkan solat sunat Aidilfitri, YM Imam Hj Zainal Hj Othman membacakan doa selamat.

YM Imam Hj Sufri Hj Mega membaca Khutbah Hari Raya diatas membar yang mulia.
YM Imam Hj Zainal Hj Othman sedang membaca Masyral sebelum khutbah disampaikan.
Kehadiran jemaah melimpasi muatnya ruang solat, yangmana ruang luar juga digunakan untuk mendirikan solat.
bermacam-macam bangsa turut mendirikan solat disini.
Para jemaah tekun mendengar khutbah yang disampaikan oleh YM Imam Hj Sufri Hj Mega.
Berbaju biru ialah YM Md Noriskandar Hasnan.
Berbaju hitam dan bertopi putih YM Hj Ibrahim Hj Ratu. Manakala dibelakang bergamis dan topi putih YM Hj Zaini Hj Besar.
Berbaju hijau YM Awang Safar Hj Musa dan sebelah beliau berserban YM Hj Abdul Rahman PDASDR Hj Kassim.
YM Hj Zaini Hj Idris juga sedang mendengar khutbah dengan tekunnya.