Sunday, 13 January 2013

PEMBUKAAN DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1434 HIJRAH / 2013 MESIHI.

Pada Hari Sabtu malam Ahad, 12 Januari 2013, jatuhnya 1 Rabiul Awal 1434 hijrah, yangmana lazim pada tiap-tiap tahun diadakan majlis berdikir selama 12 malam sehingga hari kemuncaknya perarakan diperingkat Negara dan Daerah.

Di ruang utama Jemaah lelaki dari Para Penduduk dan Jemaah Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, mengalunkan lagu-lagu dikir, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang fardu Magrib berjemaah dimulakan dengan lagu "Assalamualaika" dan lain-lain lagu.  Setelah masuk waktu Isyak majlis diberhentikan sementara dan disambung semula selepas itu.

Diruang lain jemaah Perempuan (Muslimah) juga tidak ketinggalan membawa lagu-lagu dikir yang lazim dan telah mereka pelajari.  Dimana mereka juga telah mengundang pedikir Muslimah dari Masjid Kampong Limau Manis, Masjid Kampong Masin dan Masjid Sultan Sharif Ali Kampong Sengkurong. 


Membawa lagu dikir "Assalamualaika" dari kiri YM Hj Md Jait Hitam, YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh, YM Imam Ak Md Akbar bin Pg Hj Sabri dan YM Imam Hj Kamaluddin Hj Abd Rahim


Kelihatan para jemaah turut mengalunkan dikir


Pedikir Muslimah dari Masjid Pg Muda Abdul Mateen Kg Mulaut.

Pedikir muslimah dari Masjid Kampong Limau Manis.

Pedikir Muslimah dari Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong.

Berdiri bagi melagukan dikir "Asrakal Jawi"

Friday, 11 January 2013

SEMBAHYANG JUMAAT DI IMAMKAN OLEH SEORANG IMAM BARU DAN MUDA.

Hari Jumaat 11 Januari 2013, seorang imam muda telah ditugaskan bagi mengimam dan mengetuai pentadbiran Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut.  Beliau adalah seorang lepasan Sarjana Muda dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali.  Yang Mulia Awangku Mohammad Akbar bin Pengiran Haji Sabri telah memulakan tugas seminggu yang lalu dengan jawatan Pegawai Masjid.

Olih sebab salah seorang imam yang bertugas di Masjid ini sedang bercuti maka Yang Mulia Ustaz Haji Selamat bin Haji Salleh telah menjalankan tugas selaku Bilal secara sukarela.

 YM Ak Md Akbar Pg Hj Sabri sedang membaca khutbah.

YM Ustaz Hj Selamat menjalankan tugas selaku bilal.

YM Ustaz Hj Selamat sedang melaungkan tazkir sebelum jumaat.

YM Ak Md Akbar bersedia bagi membaca khutbah jumaat.

Para jemaah mengaminkan doa yang dibaca olih Imam.

YM Ustaz Hj Selamat  

YM Ak Md Akbar.

YM Hj Zaini Hj Besar Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.

Thursday, 10 January 2013

CERAMAH UGAMA SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD S. A. W.

Pada Hari Selasa malam Rabu, 8 Januari 2013, satu majlis ceramah telah diadakan.  Majlis itu diadakan bersempena sembutan Maulud Nabi Muhammad Sulallahu Alaihi Wassalam.  Ceramah telah disampaikan olih Yang Mulia Ustaz Muhammad Nazir bin Haji Othman, dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut dan Yang Mulia Awangku Mohammad Akbar bin Pengiran Haji Sabri, Pegawai Majid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut.

YM Ustaz Muhd Nazir Hj Othman menyampaikan ceramah beliau.

Dari kiri YM Hj Md Jait Hitam (Ketua Kampong), YM Hj Awang Hj Ajak, YM Hj Ismail Abd Hamid dan belakang YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh.

YM Ak Md Akhbar Pg Hj Sabri Pegawai Majid MPMAM Kg Mulaut.

Sebahagian daripada jemaah yang hadir mendengan syarahan.

Sebahagian lagi daripada jemaah yang hadir.

Terdapat juga jemaah dari kelangan rakyat Indonesia.

Kelihatan no 2 YM Pg Hj Tajuddin Pg Puteh, YM Hj Ismail PDRS Hj Abd Hafidz dan YM Hj Othman Lamit.

Berbaju biru YM Hj Md Daud Hj Matrais manakala duduk berkursi YM Hj Sani Hj Simat.

Disudut sebelah kanan 

Disebelah belakang kelihatan YM Hj Ismail Hj Damit dan hadapan YM Hj Abu Daud Abd Ghani.

Tuesday, 1 January 2013

MAJLIS KHATAM AL QURAAN SEMPENA AWAL TAHUN MESIHI 2013.

Pada Hari Selasa 1 Januari 2013, Majlis Khatam Al Quraan telah diadakan bersempena dengan Awal Tahun Mesihi 2013.  Ianya bermakna berakhirnya bacaan 30 juzuk oleh para Jemaah Lelaki Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampong Mulaut.

Mereka membaca pada tiap-tiap hari setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Subuh berjemaah.  Kumpulan ini dipimpin oleh Yang Mulia Haji Maidi bin Ahmat dan dibantu oleh Yang Mulia Pengiran Haji Tajuddin bin Pengiran Puteh.  

Majlis turut dihadiri Yang Mulia Haji Mohammad Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut.

Pemimpin kumpulan YM Hj Maidi Ahmat.

YM Pg Hj Tajuddin Pg Puteh selaku pembantu pemimpin.

Dimulakan dengan surah Al Fatehah dipimpin oleh YM Ustaz Hj Selamat, dari kiri YM Hj Othman Lamit, YM Hj Md Jait Hitam, YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh, YM Imam Hj Sufri Hj Mega dan YM Imam Hj Kamaluddin Hj Abd Rahim.

Kelihatan mengunakan kursi YM Hj Sani Hj Simat, serta lain-lain jemaah.

Dikelangan yang turut serta dalam majllis khatam Al Quraan.

Thursday, 15 November 2012

SEMBUTAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH 1434

Pada Hari Rabu 14 November 2012, semua Masjid-Masjid, Surau-Surau dan Balai-Balai Ibadat di Seluruh Negara telah mengadakan Majlis Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijarah.  Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampong Mulaut juga tidak ketinggalan mengadakan majlis seperti itu.

Majlis dihadiri oleh Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir, Penduduk Kampong dan Sekitarnya.

Sebelum Azan Magrib berkumandang majlis telah dimulakan dengan Doa Akhir Tahun 1433 hijrah yang dibacakan oleh Yang Mulia Imam Haji Sufri bin Haji Mega. 

 Setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Magrib diteruskan dengan becaan Doa Awal Tahun 1434 hijrah yang dibaca oleh Yang Mulia Imam Haji Kamaluddin bin Haji Abdul Rahim.


Sebelum masuk waktu Isyak diteruskan dengan bacaan Ratib Al Atas dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Kamaluddin bin Haji Abd Rahim.

Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban.

YM Imam Hj Sufri Hj Mega membaca Doa Akhri Tahun (berkaca mata) disamping beliau YM Imam Hj Kamaluddin Hj Abd Rahim dan Ketua Kampong YM Hj Mohd Jait Hitam.

Kelihatan para jemaah yang hadir ke majlis tersebut.

YM Imam Hj Kamaluddin Hj Abd Rahim membacakan Doa Awal Tahun Hijrah.

Para jemaah yang hadir mengaminkan doa yang dibacakan.

YM Hj Maidi Ahmat (Setiausaha AJK Masjid) dan YM Hj Mohd Jait Hitam (Ketua Kampong).  

YM Hj Ali Hj Mohd Yusof,

semua para jemaah mengaminkan doa.

Sebilangan lagi mengaminkan doa yang dibacakan.

Dikir Marhaban dibawa oleh Ahli-Ahli Dikir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen.

Sebahagian Ahli Dikir dan Jemaah yang hadir.

Juga jemaah masjid ini.

Penduduk Kampong Mulaut tidak ketinggalan turut serta.

YM Ustaz Hj Selamat Hj Salleh.

Monday, 12 November 2012

MERAYAKAN KEPULANGAN JEMAAH HAJI DAN MAJLIS SEMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH.

Pada Hari Ahad, 11 November 2012, majlis merayakan kepulangan jemaah haji dari Kampong Mulaut dan sekitarnya telah diadakan dan diselajurkan dengan ceramah sempena Awal Tahun Hijrah 1434.  Ianya telah dilangsungkan selapas sahaja menunaikan sembahyang fardu Isyak.

Acara dimulakan dengan persembahan bacaan hafazan Al Quran dan maknanya.  Persembahan tersebut telah disembahkan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Fitri bin Haji Sarbini, yangmana sering memenangi pertandingan hafizan Al Quraan didalam maupun diluar negara.  Beliau adalah lepasan dari Universiti Al Azhar Mesir dengan Sarjana Muda Al Quraan dan Qiraat Syubra.  

Manakala terjemahannya telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Maidi bin Ahmat.  Selepas itu ucapan daripada Pengerusi Majlis Yang Mulia Imam Haji Zainal bin Haji Othman, Pegawai Masjid selaku Ketua Imam.

Kemudian diikuti dengan dikir Marhaban bagi merayakan kepalangan jemaah haji dari Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Majlis diikuti dengan sebuah ceramah ugama yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Dr. Haji Mail bin Besar, Pegawai dari Bahagian Syiar Islam KHEU.

Akhir majlis dibacakan doa selamat oleh Yang Mulia Imam Haji Zainal bin Haji Othman.

Persembahan hafalan Al Quraan disampaikan oleh YM Hj Mohd Fitri Hj Serbini dan tafsiran dibacakan oleh YM Hj Maidi Ahmat.

YM Ustaz Dr, Hj Mail Hj Besar menyampaikan ceramah menganai hijrah.

YM Hj Maidi Ahmat selaku Setiausaha Masjid ditemubual oleh pemberita dari Brunei Times.

Dari kiri YM Hj Zaini Hj Besar, YM Hj Mohd Jait Hitam (Ketua Kempong) dan YM Awg Piut Hj Matrais.

Parah jemaah asik mendengar persembahan bacaan hafalan Al Quraan dan tafsirnya.

Sebahagian jemaah mengambil pluang untuk bersandar didinding masjid

Sebahagian lagi khusuk  mendengarnya.

Ada diantara jemaah yang tidak dapat duduk dilantai kerana kesihatan.

sebahagian lagi asik mendengarnya.

YM Imam Hj Zainal Hj Othman selaku Pengerusi Majlis menyampaikan ucapan aluan.

Jemaah berdiri sambil mengalunkan dikir marhaban.

Sebahagian jemaah lagi mengalukan dikir merhaban.

Dari kiri YM Hj Sani Hj Simat, YM Hj Mohd Jait Hitam, YM Imam Hj Zainal Hj Othman dan YM Hj Untong Hj Kadir.

Empat orang jemaah haji yang dirayakan.

Jemaah haji perempuan.

Jawatankuasa muslimah masjid ini.

Jawatankuasa Muslimah Masjid ini,

Juga jawatankuasa muslimah.

Jemaah haji yang dirayakan diminyak wangikan,

YM Ustaz Dr.Hj Mail Besar menerima cenderamata dari YM Hj Mohd Jait Hitam (Ketua Kampong)

YM Pg Hj Tajuddin Pg Puteh menerima cenderahati bagi mewakili YM Hj Mohd Fitri Hj Serbini (pembacaan quraan undangan)