Thursday, 13 September 2012

PENDUDUK MUKIM SENGKURONG MENGADAKAN MAJLIS SEMBUTAN HARI RAYA.

Pada Hari Rabu malam Khamis, 25 Syawal 1433 / 12 September 2012, Mukim Sengkurong berserta Kampong-Kampong dibawahnya telah mengadakan sembutan Hari Raya.  Yangmana Kampong Mulaut juga termasuk dalam pentadbiran Penghulu Mukim Sengkurong.

Tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.  Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri serta Setiausaha-Setiausaha Tetap KHEDN.

YB Pehin Hj Badaruddin Hj Othman, sedang memilih makanan dipondok Kampong Mulaut.

Muslimah Masjid PMAM Kg Mulaut telah menunjukkan jenis-jenis makanan tredisi Kampong Mulaut iaitu seperti makanan ambuyat, nasi kunit dan lain-lain kepada tetamu kehormat.

Sebahagian daripada makanan yang sembahkan oleh penduduk Kamapong Mulaut iaitu Ambuyat serta cacahnya.

Ada juga dihidangkan satay, nasi kunyit (kuning) dan lain-lain kueh.

Bermacam-macam kueh kelihatan seperti bingka seri muka, bingka lapis, sandwic dan lain-lain lagi

Bergambar ramai setelah menerima hadiah kedua pertandingan kecantikan pondok.

Kemenangan tempat kedua kerana kecantikan pondok

No comments:

Post a Comment