Thursday, 23 October 2014
Friday, 23 August 2013
KEBAWAH D.Y. M. M.SULTAN BEKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID INI.
Hari ini Jumaat, 15 Syawal 1434 / 23 Ogos 2013, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muizzaddin Wadaullah telah berkenan berangkat menunaikan sembahyang fardu jumaat bersama rakyat di Kampong ini.
Berangkat bersama baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pegiran Muda Haji Al Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel.
Keberangkatan baginda telah dialu-alukan olih Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut selaku Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid ini, Ahli-Ahli Jawatankuasa serta para jemaah.
Sebelum berangkat pulang baginda juga berkenan menerima junjung zarah dari para hadirin.
KDYMM PSB Sultan sedang bersamayam di saf hadapan bersama 3 orang putera baginda.
Dari kanan DYTM PS DPMM Hj Al Mutadee Billah, DYTM PS DPM Abdul Maleek, KDYMM Sultan dan DYTM PS DPM Abdul Wakeel.
Ketika keberangkatan tiba baginda dijunjung olih para jemaah yang hadir.
Orang ramai kelihatan mengalu-alukan keberangkatan tiba baginda.
Baginda dikunjung untuk bersemayam disaf hadapan.
Sebelum beginda berangkat pulang beginda berkenan menerima junjung zarah daripada para hadirin.
Juga turut berkanan ialah DYTM Paduka Seri Duli Pg Muda Mahkota Pg Muda Hj Al Mutadee Billah.
Beginda menerima junjung zarah.
Thursday, 30 May 2013
MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG WANITA WARGA FILIPINA
Pada Hari Rabu malam Khamis 29 Mei 2013, satu majlis pengislaman telah dijalankan di Masjid ini. Ianya adalah bagi seorang wanita warta filipina iatu Dayang Marcel Marcos. Yangmana telah memilih nama islamnya sebagai Dayang Siti Nur Maisarah Marcos binti Abdullah.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Ustazah Hajah Saimah binti Haji Abd Salam, Ketua Bahagian Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Kelihatan YM Dayang Marcel Marcos
sedang membaca lafaz pengislaman
didapan pegawai dari Jabatan Pusat Dakwah Islamiah.
YM Ustazah Hjh Saimah Hj Salam duduk ditempat khas, bersama AJK Muslimah.
Tetamu Kehormat menyampaikan cenderahati
kepada YM Dyg Nur Maisarah Marcos binti Abdullah.
Majlis diserikan dengan dikir marhaban daripada Pasukan Dikir Masjid.
Kelihatan tetamu kehormat
bersama yang diraikan dan AJK Muslimah
berdiri semasa dikir marhaban berkumandang.
Bergambar bersama keluarga beliau dari Negara Filipina.
Sunday, 28 April 2013
MAJLIS KHATAM AL QURAN BAGI PELAJAR KELAS AL QURAAN DAN MUKADDAM
Pada Hari Ahad 28 April 2013, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampong Mulaut telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran bagi kali pertama untuk Para Pelajar yang mengikuti Kelas Al Quran dan Mukaddam di Masjid ini. Ianya menandakan berakhirnya pembacaan Al Quran sebahagian daripada mereka.
Tetamu Kehormat yang hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Yang Mulia Ustaz Haji Harun bin Haji Juned. Turut hadir ialah Yang Mulia Ustaz Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fateha yang dipimpin olih Tetamu Kehormat majlis, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim dan seterusnya doa tahtim olih Muslimah Masjid. Dikir marhaban disembahkan olih Pasukan Dikir Masjid Kampong Mulaut. Dalam masa dikir diperenggan Ya Habibi Tetamu Kehormat dijemput untuk merinjis minyak harum dan menyampaikan sijil kepada perserta.
Majlis diakhiri dengan doa yang dibacakan olih Yang Mulia Imam Pengiran Mohd Akbar bin Pengiran Haji Sabri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fateha yang dipimpin olih Tetamu Kehormat majlis, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim dan seterusnya doa tahtim olih Muslimah Masjid. Dikir marhaban disembahkan olih Pasukan Dikir Masjid Kampong Mulaut. Dalam masa dikir diperenggan Ya Habibi Tetamu Kehormat dijemput untuk merinjis minyak harum dan menyampaikan sijil kepada perserta.
Majlis diakhiri dengan doa yang dibacakan olih Yang Mulia Imam Pengiran Mohd Akbar bin Pengiran Haji Sabri.
YM Ustaz Hj Harun duduk No 4 dari kiri.
Perserta khatam duduk diatas pentas khas.
Guru Ugama Perempuan Sekolah Ugama Katimahar
bersama Muslimah Masjid ini
sedang bersedia untuk persembahan bacaan Tahtim.
Jemputan perempuan atau ibu kepada perserta majlis.
Persembahan dikir marhaban
daripada Pasukan Dikir Masjid Pg Muda Abdul Mateen Kg Mulaut.
Tetamu Kehormat merinjis minyak wangi dan menyampaikan sijil penyertaan
kepada perserta khatam. Dibantu Ustaz Hj Md Asyraf Md Ali.
Sebahagian ibu-ibu yang hadir melihat sendiri anak mereka sedang berkhatam.
Sebahagian lagi para ibu yang hadir.
YM Ustaz Hj Harun Hj Junid
menerima cenderamaata daripada Penerusi Majlis.
Para perserta bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat dan jemputan-jemputan khas.
Friday, 12 April 2013
PETANDINGAN MEWARNA BAGI PELAJAR AL QURAN DAN MUKADAM.
Pada Hari Jumaat 8 Mac 2013, pertandingan mewarna telah diadakan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran Al Quran dan Mukaddam di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen Kampong Mulaut. Manakala penyampaian hadiah telah diadakan pada Hari Jumaat 5 April yang lalu. Hadiah-hadiah telah disampaikan olih Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut selaku Penesihat Jawatankuasa Takmir Masjid.
Kanak-kanak yang mengikuti pelajaran Al Quran dan Mukaddam di Masjid ini ikut serta dalam pertandingan mewarna lukisan sambil diperhati olih guru mereka.
Sebahagian lagi pelajar lelaki tidak ketinggalan turut serta.
Mereka duduk berkelumpuk.
YM Hj Md Jait Hitam (Ketua Kampong) juga turut serta dalam memerhati pelajar bersama dua orang guru Al Quran.
YM Hj Mohd Jait berbaju batik memerhati kertas yang sudah siap diwarna bersama YM Imam Hj Sufri Hj Mega.
Kelihatan salah seorang perserta perempuan sedang mewarna.
Semua hasil kerja mereka ditampal kedinding untuk dihakimkan.
Sebahagian lagi hasil kerja kanak-kanak.
Penyampaian hadiah dan sijil pada 5 April 2013 olih YM Hj Md Jait Hitam (Ketua Kampong Mulaut).
Sebahagian lagi pemenang perempuan sedang menerima sijil penyertaan.
Ini perserta lelaki pula menerima sijil penyertaannya daripada YM Hj Md Jait.
Sebahagian lagi perserta lelaki menerima sijilnya.
Lagi salah seorang perserta lelaki menerima sijil.
Penerima perserta perempuan menerima sijil dari YM Hj Md Jait Hitam diperhati olih YM Imam Hj Sufri Hj Mega.


















