Friday, 20 July 2012

PEMBUKAAN RESMI MASJID BARU DI MUKIM KILANAS

Pada Hari Jumaat, 30 Syabaan 1433 bersamaan 20 Julai 2012, pembukaan masjid baru telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Wadaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Ianya diresmikan bersempena dengan hari Keputeraan beginda yang ke 66 tahun, Masjid tersebut terletak di Jalan Bebatik Kilanas dan dikenali dengan nama MASJID DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT, MUKIM KILANAS. 

Nama tersebut mengambil sukut nama daripada bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia iatu Al Marhumah Raja Isteri Pengiran Anak Damit.


Keberangkatan beginda telah dijunjung oleh Yang Berhoramat Pegiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Peduka Seri Setia Ustaz Haji Abd Aziz bin Junid, Mufti Kerajaan, Yang Mulia Pengiran Dato Peduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Peduka Awang Haji Sabaali bin Abas, Setiausaha Tetap 1 KHEU, Yang Mulia Ustaz Haji Abd Aziz bin OKMD Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap II KHEU, Yang Mulia Awang Haji Harun bin Haji Junid, Timbalan Setiausaha Tetap KHEU.


Turut berangkat ialah dua orang putera beginda Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abd Malik.


Tersergam indah pemendangan sebuah Masjid yang baru dibina di Jalan Bebatik Kilanas.

Terdapat kolam kecil dengan pancutan air (water fountain).

Keberangkatan beginda disambut dengan tabik hormat dari Polis Diraja Brunei.

Keberangkatan beginda dijunjung oleh YB Pg DSS Dr. Hj Mohammad bin Pg Hj Abd Rahman Menteri Hal Ehwal Ugama, YB PDSM DSS Dr Ustaz Hj Abd Aziz bin Junid, YM Pg Dato Peduka Hj Bahrom bin Pg Hj Bahar Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai-Pegawai Kanan KHEU.

KDYMM berkenan menandatangani plak perasmian diluar pintu utama masjid. Yangmana menandakan Masjid Mukim Kilanas telah sempurna diresmikan oleh beginda sendiri.

 Keadaan sebelah dalam masjid, silingnya banyak dipasang down light.

 Pintu dipasang dengan sliding cermin cerah.

 Keadaan mihrab tempat imam dan mimbar tempat khutbah

Bumbung mimbar dipasang dom warna biru berserta bintang dan bulan sabit.

 Khatib yang membaca khutbah ialah YB Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Ustaz Hj Yahya bin Hj Ibrahim, Ketua Hakim Sari'e
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menjawat junjung zarah dari para hadirin.

LAWATAN JEMAAH KAMPONG MULAUT KE MASJID BARU.

Penduduk kampong Mulaut tidak lama lagi akan mengunakan bangunan baru Masjid Kampong Mulaut. Yangmana keadaannya telah hampir siap.  Disini diterbitkan bebarapa gambar mengenainya.


Kelihatan tersegam indah sebuah Masjid baru bagi Kampong Mulaut.

Keadaan sebelah dalam dekat mimbar sebelum dipasang karpet.

 Keadaan depan mehrab masjid.

 Bawah dome besar masjid ini.

Ruang tembahan bagi bersembahyang disebelah atas (lantai satu).

Setelah dipasang karpet sekali lagi jemaah dan penduduk Kampong Mulaut melawat kedalam masjid ini.

Jemaah lelaki bergamar dihadan mehrab.

Empat orang jemaah muslimah tidak ketinggalan mengabadikan gambar diatas mimbar masjid.

Monday, 16 July 2012

MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH ANJURAN AHLI-AHLI DIKIR KAMPONG MULAUT

Pada Hari Isnin 16 Julai 2012, Ahli-Ahli Pasukan Dikir Surau Mulaut telah mengadakan majlis tahlil bersempena bulan Syabaan 1433 hijrah.  Yangmana menandakan dekatnya bulan Ramadan atau Puasa.  Majlis telah diadakan di Surau Kampong Mulaut.

Manakala bacaan tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Sufri bin Haji Mega dan doa arwah dibacakan oleh Yang Mulia Imam Haji Zainal bin Haji Othman.

Selepas itu ucapan disampaikan oleh Yang Mulia Haji Mohd Jait bin Hitam Ketua Kampong Mulaut.

Bacaan tahlil dipimpin oleh YM Imam Hj Sufri Hj Mega yang duduk ditengah.

Manakala YM Imam Hj Zainal Hj Othman membacakan doa arwah.

 Ahli dikir belia serta para jemputan yang hadir.

Sebahagian lagi ahli dikir dan jemputan yang hadir.